- Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
- Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
- Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
- Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
- Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
- Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
- Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
- Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
- Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.
- Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
- Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
- Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
- Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
- Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Tinta dari Dr.'Aidh dalam sebuah bukunya..
“Jadilah engkau seperti kupu-kupu, ringan perawakan, indah dipandang, sedikit bergantung pada yang lain, terbang dari satu bunga ke bunga yang lain, dan dari satu tangkai ke tangkai yang lain dan dari satu taman ke taman yang lain…
Atau..
“Jadilah seperti lebah, makan dari yang baik, dan mengeluarkan yang baik. Bila hinggap pada ranting ia tidak mematahkannya…menghisap sari bunga tanpa menyengatnya, mengeluarkan madu tanpa menyengatnya, terbang dengan membawa kecintaan, dan hinggap dengan membawa kasih sayang..
Ia mempunyai suara dengungan bagaikan berita gembira dan suara desingan bagaikan ungkapan kepuasan, seakan-akan ia bagaikan malaikat yang ada dilangit turun ke bumi dari alam yang kekal…”
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
“Sahabatku, tetaplah atas jalan dakwah!
Akan ada dikalangan umatku segolongan umat yang muncul berpegang kepada kebenaran, mereka tidak disusahkan oleh sesiapa yang mengacuhkan mereka sampai datang perintah Allah, mereka tetap seperti itu.(Riwayat Bukhari & Muslim)
Indah kalam Rasul junjungan,
Mengajar erti perjuangan,
Perlukan keteguhan azam,
Istiqomah, tetap pendirian,
Jangan mudah terhalang,
Janji Allah pasti datang!
Islam itu tinggi dan tiada yang lebih inggi daripadanya,
Rasul bermadah lagi,
Satu janji, satu aspirasi,
Islam takkan dapat ditandingi,
Cuma yang belum pasti, Adakah kita tinggi peribadi?
Untuk memikul amanah suci,
Bagi merebut pandangan Illahi,
Sebagai jiilul Quran yang tersendiri.
Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang yang berkehendak (kepada-Nya)
Dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan menggantikan (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu ini.(Surah Muhammad:38)
Ayat Allah cukup menggentarkan,
Dia tidak teragak-agak membuat tapisan,
Buat hamba-Nya yang bermalas-malasan,
Senantiasa mencipta alasan,
Liat dengan dakwah dan peningkatan,
Mahu diketuk berterusan,
Tidak menjadikan penggeraknya Iman,
Cinta Allah dibuat khayalan,
Bimbang kelak diri akan terbuang,
Daripada jalan dakwah, penuh ujian,
Dibiarkan Allah dengan keasyikan,
Tertipu dengan jalan kehancuran,
Ketahuilah sahabatku,
Allah memelihara jalan-Nya,
Agar disusuri hati yang bersih,
Sarat ketakwaan,
Merindui wajah-Nya,
Jua keredhaan,
Itulah jiwa insan pejuang,
Bimbangilah sahabatku sayang,
Daripada memiliki jiwa munafik,
Bertopeng ketaatan..





